Entry: .:new album promotion:. Jan 25, 2006





Tajuk Album :  Jalan Sehala   
Artis Nasyid  :  NowSeeHeart & Saujana   
Terbitan       :  Telaga Biru Sdn Bhd (2005)   

Saujana
1. Jalan Sehala
2. Restu
3. Saujana
4. Airmata Keinsafan
5. Sabar   
NowSeeHeart
1. Biarkan
2. Inspirasi
3. Kita Serupa
4. Pengorbanan
5. Kembali   

Sinopsis Album Jalan Sehala   

Album Jalan Sehala merupakan satu inisiatif daripada dua kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di tanahair kita iaitu Saujana & NowSeeHeart. Dalam album ini memuatkan 10 lagu baru yang mana setiap kumpulan membawa 5 buah lagu yang masing² digabungkan dalam album duet ini. Setelah mendengar secara keseluruhan album ini ia membawa konsep nasyid kontemporari, lebih kepada pop & RnB. Manakala NowSeeHeart dalam salah satu lagunya berbentuk acapella yang berjudul 'Kita Serupa' melodinya  dicipta oleh Azahari NowSeeHeart sendiri.

Komposer terkenal seperti Aidit Alfian juga mempersembahkan sentuhannya dalam lagu Inspirasi, Biarkan & Jalan Sehala. Dengan lirik yang diatur juga oleh Loloq memberi sentuhan yang begitu baik sekali. Secara keseluruhan bagi yang inginkan kelainan berbanding kumpulan nasyid yang lain, anda sepatutnya memiliki album ini dan jadikan satu koleksi yang berharga. Terimalah 'Jalan Sehala' buah tangan bagi tahun 2005 dari Saujana & NowSeeHeart.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments